December 29, 2010

PREVIEW PERLAWANAN EPL 29 DEC 2010

malam ini akan menyaksikan baki perlawanan untuk minggu ke-20 akan berlangsung. perlawanan malam ini melibatkan beberapa pasukan pilihan seperti chelsea, arsenal dan liverpool.

chelsea v bolton
chelsea kini berada dalam keadaan yang kurang bernasib baik apabila kalah kepada arsenal malam semalam dan itu merupakan sesuatu yang teruk bagi mereka.walau bagaimanapun, mereka mencatat 6 kemenangan dalam lapan perlawanan di tempat sendiri. mereka berhaap agar dapat mencatat kemenangan dalam perlawanan malam ini untuk memastikan mereka kembali ke landasan yng sebenar. mereka hanya berjaya mengutip 16 mata dalam 13 prlawanan terakir dan mereka kini tidak lagi menjadi pasukan pilihan untuk menjadi juara.

bolton kini meletakkan diri mereka di tanggan ke-6 liga dan sekiranya mereka mencatat kemenangan malam ini akan menjikan mereka berjaya memintas chelsea. mereka hanya mencatat 2 kemenangan dalam 9 perlawanan di tempat lawan namun masih berharap dapat mengutip mata penuh untuk perlawanan malam ini.

perlwanan malam ini dijangka seimbang namun chelsea pasti akan berjaya mendapat kemenangan yang mereka tunggu-tunggu pada malam ini.

wigan v arsenal
wigan berjaya memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan ke atas wolves pada ahad menyebabkan mereka kini terkeluar dari zon penyingiran. mereka cuba bermain dengan baik namun mereka kurang nasib untuk menjaringkan gol dan ini menjadi masalah besar kepada pasukan.

arsenal kini cuba mengekalkan momentum mereka setelah berjaya menewaskan chelsea dengan jaringan 3-1. ini meletakkan mereka kini berada di tangga ke-2 liga di bawah man city. dengan kembalinya fabregas dan van persie, mereka kini betul-betul memperolehi kekuatan baru untuk terus bersaing dalam liga.

perlawanan malam ini mungkin akan dimenangi oleh pasukan pelawat.

liverpool v wolves
liverpool mencatat 5 kemenangan dalam 8 perlawana di tempat sendiri dan mereka pasti ingin memperolehi kemenangan mutlak dalam perlawanan malam ini.mereka dilihat kurang selesa berada di tengah kedudukan liga dan sekiranya mereka gagal menempatkan diri dalam champion league musim depan, ini membawa perkhabaran buruk buat mereka.

wolves mempunyai peluang untuk keluar dari tiga tangga trbawah liga pada ahad namun mereka tewas kepada wigan di tempat sendiri. mereka kini berada di tangga tercorot liga dengan hanya berjaya mengutip 1 mata dalam 8 perlawanan di tempat lawan. mereka bermain dengan baik buat masa sekarang sepanjang musim ini tetapi masih lagi dalam kedudukan berbahaya dan mungkin akan kembali ke liga championship sekiranya tidak berjaya mencatat kemenangan.

sekiranya liverpool tidak dapat mencatatkan kemenangan pada malam ini akan menjadikan sesuatu yang mengejutkan.