December 26, 2010

PREVIEW PERLAWANAN EPL 26 DISEMBER 2010


Perlawanan pada malam ini akan bermula dengan perlawanan pasukan yang berada di tangga bawah liga iaitu Fulham akan menjadi tuan rumah kepada West Ham United.

Bekas pemain Manchester United, Steve Bruce pula akan membawa anak didiknya bertandang ke halaman lamanya, Man United di mana Man United pula cuba untuk menjarakkan mata daripada musuh mereka Arsenal dan Chelsea yang akan bermain pada Isnin.

Alan Pardew pula akan mengambil alih perlawanan kedua sebagai pengurus Newcastle apabila akan berentap bersama Man City manakala Stoke pula akan bertandang ke gelanggang Blackburun Rovers.

Blackpool pula berharap agar mendapat keputusan yang baik ketika menjadi tuan rumah kepada Liverpool, West Brom bertandang ke Bolton dan Everton menjadi tuan rumah kepada Birmingham City. Wolves pula akan menjadi tuan rumah kepada Wigan.

Perlawanan hari ini akan diakhiri dengan pertemuan antara Aston Villa dan Tottenham Hotspur.


FULHAM V WEST HAM
Fulham kini berada di tangga keempat tercorot liga dan mengarapkan kemenangan ke atas pasukan yang berada paling bawah dalam kedudukan liga West Ham.

Kemenangan anak buah Mark Hughes ke atas West Ham pada malam ini akan menyaksikan pengendali West Ham Avram Grant mungkin akan dipecat daripada terus mengendali kelab itu.

Namun anak buah Mark Hughes itu sudah melalui empat perlawanan tanpa kemenangan di hadapan penyokong sendiri tetapi telah mendapat keputusan seri dalam tiga perlawanan.

Seperti tuan rumah, West Ham tidak pernah mencatatkan kemenangan di gelanggang lawan sejak pembukaan musim 2009/10 dan hanya berjaya mengutip dua mata.

BLACKBURN V STOKE
Blackburn akan bermain tanpa Sam Allardyce untuk perlawanan kedua dan berharap mereka dapat mencatat kemenangan di bawah kendalian pengurus baru, Steve Keans.

Rovers hanya berjaya mengutip 10 mata di gelanggang sendiri manakal Stoke pula berjaya mengutip empat mata dalam perlawanan di tempat lawan setelah mencatat tiga kejayaan di tempat lawan tanpa kalah.

The Potters berusaha untuk menjaringkan gol di Ewood Park dalam Barclays Premier League setelah seri 0-0 musim lepas dan kalah 3-0 pada musim sebelumnya.

BLACKPOOL V LIVERPOOL (Postpone)
Blackpool kini dalam keadaan menderita setelah dua perlawanan di Bloomfield Road terpaksa ditunda dan cuba mengelakkan daripada ditunda buat kali ketiga.

Anak buah Ian Halloway berjaya mengutip tujuh mata di gelanggan sendiri manakala Liverpool pula telah mengalami kekalahan dalam tiga perlawanan akhir mereka di tempat lawan.

The Seasiders pernah melakukan kejutan apabila mencatat kemenangan 2-1 di Anfield pada 3 Oktober tetapi kedua pasukan tidak pernah bertemu di Bloomfield Road sejak mencatat keputusan seri pada 1970.

BOLTON V WEST BROM
Bolton hanya berjaya mengutip 10 daripada 12 mata di Reebok Stadium sejak kalah kepada Liverpool, kekalahan pertama mereka di tempat sendiri pada musim ini.

Albion pula mengalami tiga kekalahan dalam enam perlawanan terakhir di gelanggang lawan.

Kedua pasukan telah mendapat keputusan seri 1-1 di Hawtorns musim ini dengan James Morrison menyamakan kedudukan setelah berjaya Bolton berjaya mendahului melalui Johan Elmander.

MAN UNITED V SUNDERLAND
Pengurus Sunderland Steve Bruce pernah berada di tangga lebih atas berbanding anak buah mentornya Alex Ferguson tetapi kemanisan itu hanya bertahan bebrapa jam sahaja setelah mereka jatuh di tangga kelima liga.

The Black Cats berjaya mengikat Man United 2-2 di Old Trafford pada musim lepas setelah Van De Sar berjaya menafikan peluang mereka untuk mencatatkan kemenangan.

United pula cuba mengekalkan rekod tanpa kalah mereka sejak pembukaan musim ini dan kemenangan mereka pada malam ini pasti akan menambahkan lagi tekanan ke atas pesaing mereka Arsenal dan Chelsea.

NEWCASTLE V MAN CITY
The Magpies telah berjaya menewaskan Liverpool pada minggu lepas untuk mencatatkan kemenangan dibawah kendalian Alan Pardew dan target mereka sekarang ialah mengekalkan momentum mereka ketika berhadapan dengan Man City.

Anank buah Roberto Mancini berjaya mengutip 10 daripada 12 mata di gelanggang lawan dan berjaya mencatat dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan terakhir di St James Park.

WOLVES V WIGAN
Wolves cuba untuk membuat catatan hatrik dengan mencatatkan tiga kemengan di tempat sendiri manakala The Latics pula berjaya mengutip satu daripada 15 mata di gelanggang lawan.

Wigan pernah menewaskan Wolves 2-0 di DW Stadium pada Oktober dan juga menang dengan keputusan sama di Molineux pada musim lepas.

ASTON VILLA V SPURS
Aston Villa hanya kalah sekali di gelanggan sendiri pada musim ini tapi Spurs tidak pernah tewas dalam enam perlawanan akhir liga.

Villa menang 2-1 ke atas West Brom menjadikan mereka menang tiga kali berturut-turut dan mereka berusaha untuk membalas dendam di atas kekalahan 2-1 mereka di White Hart Lane pada Oktober.