October 23, 2010

Wayne Rooney Tandatangan Kontrak 5 Tahun Bersama Manchester United


Wayne Rooney telah menandatangani kontrak baru selama 5 tahun bersama Manchester United, sekaligus mengakhiri spekulasi tentang masa depannya di Old Trafford.

Ini membawa kepada berakhirnya 10 hari yang teruk dalam hidup Ferguson. Ferguson nyata gembira selepas Rooney membuat keputusan untuk kembali menandatngani kontrak bersama Red Devils itu. Ferguson mengakui bahawa dalam masa 10 hari selepas Rooney menyatakan tidak meahu menandatangani kontrak bersama Manchster United, dia berasa tidak senang hati walaupun dia kelihatan gembira selepas berjaya menewaskan Bursaspor pada Rabu lepas.

Walaupun baru menandatangani kontrak, namun Rooney tetap tidak dapat beraksi selama tiga minggu akibat daripada kecedaraan pergelangan kaki semasa dalam kem latihan apabila mendapat terjahan keras daripada Scholes.