October 20, 2010

Fergie Sahkan Rooney Akan Tinggalkan Manchester United

Sir Alex Ferguson telah mengesahkan bahawa Wayne Rooney telah memberitahu Manchester United bahawa dia tidak akan menandatangani kontrak baru dan membuat permintaan untuk meninggalkan kelab.

Rooney yang akan terlepas aksi perlawanan dalam Liga Juara-juara menentang Bursaspor rabu ini telah memberitahu Alex Ferguson secara peribadi yang dia tidak berhajat untuk meneruskan kariernya di Old Trafford.

Ferguson nyata kecewa apabila berita mengenai pemain kesayangannya itu telah tersebar dan telah memanggil semula Rooney untuk kekal di Old Trafford di samping pengurus itu menjanjikan yang terbaik bagi Rooney sebagai pemain yang berprestij di Eropah.

Dalam masa yang sama, pengurus Real Madrid, Jose Maurinho dikatakan ingin mengambil kesempatan ini untuk cuba memancing pemain berbisa itu untuk dibawa ke Santiago Bernabeu.

Selain itu, Manchester City juga dijangka akan berbelanja besar sekali lagi untuk cuba memancing Rooney untuk digandingkan dengan Tevez bagi memantapkan lagi jentera serangan mereka.

Adakah anda fikir Rooney akan berpindah demi masa depannya? Kemanakah tujuannya selepas ini? Adakah harganya akan melebihi harga Ronaldo (GBP 80 Juta)?