October 2, 2010

Pertemuan Menarik Minggu Ini


Di dalam kesibukan yang dilalui minggu ini, sempat juga saya menulis serba sedikit berkaitan perlawanan yang saya anggap menarik pada minggu ini. Semestinya apa yang saya katakan di dini adalah perlawan antara dua 'loser' minggu lepas iaitu Chelsea dan juga Arsenal. Namun begitu, tidak ketinggalan juga perlawanan antara Manchester City dan Newcastle United serta Tottenham Hotspurs dan Aston Villa.

Perlawanan dua 'loser' pada minggu ini merupakan perlawanan yang paling menarik yang semestinya menarik ramai penonton untuk ke kedai-kedai berhampiran menyaksikan perlawanan Cheslea VS Arsenal.

Chelsea yang telah mengalami kekalahan kepada Manchester City pada pertemuan minggu lepas kelihatan ingin menjernihkan kembali rekod tanpa kalah mereka. Namun begitu lawan mereka bukanlah calang-calang pasukan Arsenal. Dengan ketiadaan Lampard, mereka mungkin akan menurunkan Ramires yang akan bermain di posisi tengah bersama John Obi Mikel. Jika dilihat, selepas Lampard mengalami kecederaan, pergerakan Chelsea serba tidak menjadi. Nyata Ramires masih tidak dapat mengatur bola dengan baik dan teratur. manakala Mikel pula setiap kali bermain seolah-olah hilang arah tuju. Tanpa adanya pemain kreatif di tengah, Chelsea sukar untuk melancarkan gerakan yang membawa kepada jaringan gol. Namun begitu, kelibat Drogba pasti akan menggerunkan Arsenal. Drogba yang tidak dapat menjaringkan gol untuk minggu lepas semestinya ingin membersihkan semula reputasinya sebagai penyerang berbisa Chelsea.

Bagi Arsenal pula, kekalahan kepada kelab bawahan West Brom pada minggu lepas mungkin menjadi pengalaman pahit bai mereka buat musim ini. Kekalahan 3-2 kepada West Brom pasti ingin dilupakan oleh Arsenal dan mereka ingin membuka lembaran baru dengan harapan dapat menewaskan pendahulu liga, Chelsea. Namun begitu, dengan kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain termasuk Walcot dan Almunia, harapan mereka mungkin hanya akan tinggal angan-angan sahaja. Penjaga gol kedua mereka, Fabianski akan diturunkan mdalam perlawanan menarik menentang The Blues minggu ini. Fabianski dikatakan akan membuat persembahan terbaik pada minggu ini. Pemain harapan Arsenal Samir Nasri juga dikatakan akan membuat kejutan ke atas Chelsea. Nasri yang kelihatan begitu yakin dalam permainan sebelum ini pasti akan membuatkan pertahanan Chelsea tidak senang duduk. Prestasi Nasri yang semakin hebat sekarang pasti membanggakan pengurus mereka Arsen Wenger dan mengharapkan Nasri dapat menjalankan tugas dengan baik seperti perlawanan yang sebelum ini.

Bagi manchester City pula, kemenangan ke atas Chelsea minggu lepas menjadi pengalaman manis bagi mereka. Minggu ini mereka akan turun beraksi menentang Newcastle United yang dikatakan pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Penyerang hebat mereka, Tevez pasti ingin mengulang kegemilangannya ketika bertemu Newcastle malam esok. Bagi Newcastle, tiada apa yang istimewa bagi mereka dan hanya mengharapkan dapat mengutip tiga mata penuh dari gelanggang lawan.

Perlawanan Spurs dengan Aston Villa juga dikatakan menarik. Hal ini kerana, Aston Villa pasti ingin menguji kekuatan mereka dibawah jurulatih baru Gerrard Houllier. Mereka pasti ingin menjadikan Spurs sebagai bahan uji kaji mereka. Namun mampukah mereka menewaskan pasukan yang dianggap konsisten pada musim ini.

Sama-sama kita menyaksikan perlawanan-perlawanan yang menarik pada minggu ini. Nada boleh menyaksikan perlawanan EPL di laman ini. Pihak SPORTXONE menyediakan segalanya untuk anda sebagai balasan atas sokongan anda semua.