October 23, 2010

TAHNIAH BUAT KELANTAN DAN NEGERI SEMBILAN


Kami di SPORTXONE mengucapkan tahniah kepada pasukan The Red Warriors dan pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.

Kelantan beraksi dengan cemerlang di Kota Bharu dan berjaya mencatat kemenangan 1-0 menewaskan Kedah.

Manakala Negeri Sembilan pula menang bergaya di Johor Bharu apabila berjaya menundukkan tuan rumah Johor FC dengan jaringan 2-0 untuk melangkah ke final dengan agregat 2-1.

Perlawanan antara Kelantan dan Negeri Sembilan di final kali ini mengulang kembali perlawanan Piala Malaysia tahun lepas yang menyaksikan Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 3-1.

Semestinya pada tahun ini, Kelantan ingin membalas dendam kepada Negeri Sembilan untuk kekalahan musim lepas namun, Negeri Sembilan pasti akan cuba untuk mempertahan gelaran mereka habis-habisan.

Sekali lagi tahniah buat kedua-dua pasukan dan kepada peminat Johor FC dan Kedah harap bersabar dan buat kedua-dua pasukan harap cuba lagi untuk tahun-tahun yang seterusnya.