MANCHESTER - Masa depan Carlos Tevez di Manchester City kembali di bawah pemantauan, selepas pemain itu dilaporkan tidak gembira dengan kehidupannya di England, kerana rindukan negaranya Argentina.
Baru-baru ini, Tevez mengakui tidak gembira dengan bola sepak di England dan ini menyebabkan rakan sepasukannya berwaspada dengan kekecewaan yang dialaminya.
Penyerang Paraguay, Roque Santa Cruz berkata: ''Tevez mahu berada di kalangan keluarga dan rakan-rakannya di Argentina.
''Hatinya berada di sisi keluarganya. Adik beradik dan anak-anaknya semua di sana.
''Apabila anda merasakan bahawa negara anda 'memanggil' anda pulang, ia mungkin berakhir dengan melupakan segala-galanya di sini dan kembali ke sana.
''Namun, saya rasa dia akan mematuhi kontraknya bersama City, sebelum kembali ke negaranya,'' katanya. - Utusan Malaysia