October 28, 2010

Chelsea Mahu Khidmat Srna


LONDON: Chelsea kini merancang menurunkan harga dalam usaha kelab itu bagi mendapatkan ketua pasukan Croatia, Darijo Srna, Januari ini.

Chelsea kini mengikuti rapat perkembangan berhubung kontrak Srna dan bersedia mengambil kesempatan ke atas masa depan tidak menentu pemain itu menjelang musim perpindahan pemain selepas ini.

Juventus, Bayern Munich dan Tottenham turut memerhati situasi Srna itu.

Ejen Srna, Damir Stimac berkata: “Masih ada peluang untuk pinjaman pada Januari sebelum musim panas ini. Namun kita perlu lihat apa perkembangannya.” Shaktar dilihat lebih mahu melancarkan perjanjian kekal pada Januari daripada menerima tawaran yuran pinjaman rendah dengan pemain itu berkemungkinan berhenti secara percuma pada penghujung musim. - MyMetro