
Chelsea mengumumkan bahawa Alex akan menangguhkan pembedahan lututnya demi tugas berhadapan Birmingham Sabtu ini, disamping John Terry dikhabarkan akan diturunkan pada perlawanan Liga Juara-Juara Selasa ini menentang MSK Zilina.
The Blues yang berhadapan dengan krisis kecederaan pertahanan tengah mengumumkan bahawa Alex bakal direhatkan selama dua bulan selepas menjalani pembedahan lutut dan Terry akan direhatkan untuk beberapa bulan akibat masalah saraf.
Ivanovic dan Ferreira ditugaskan untuk bermain di posisi bek tengah ketika menentang Sunderland minggu lepas yang menyaksikan mereka kalah mengejut 0-3 kepada Sunderland di tempat sendiri.
Bagaimanapun, Chelsea telah mengumumkan Alex yang mana tidak diturunkan semasa perlawanan Brazil menentang Argentina, akan bermain untuk menentang Birmingham hujung minggu ini sebelum menjalani pembedahan lutut.
Ancelotti memberitahu media bahawa kecederaan John Terry sudah dikenal pasti dan kapten Chelsea itu sepatutnya dapat diturunkan menentang MSK Zilina Selasa ini.
Chelsea yang akan menentang Birmingham mungkin tidak akan menurunkan Zhirkov dan diganti dengan pemain sayap Perancis, Malouda.