September 11, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SPORTXONE


Alhamdulillah, dalam kesibukan meyambut aidilfitri tahun ni, sempat juga saya meluangkan masa untuk menulis sempena hari raya Aidilfitri 2010 ini.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinnya dapat juga kita merayakan Aidilfitri untuk tahun ini. Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, kita akhirnya bersama bergembira menyambut kedatangan syawal yang mulia ini.

Namun begitu dalam kegembiraan kita, seharusnya kita tidak lupa kepada mereka yang serba kekurangan di pagi raya yang mulia ini.

Akhir kata, SPORTXONE ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri. MaaZahir dan Batin sekiranya kami di pihak SPORTXONE ada terkasar bahasa dan tersilap kata.Sesungguhnya kami juga insan biasa yang tidak bisa lari dari kesilapan dan melakukan kesalahan.

Terima kaasih.