September 8, 2010

Argentina Belasah Sepanyol 4-1

BUENOS AIRES: Argentina yang mendapat suntikan semangat Lionel Messi, bangkit daripada kekalahan Piala Dunia dengan menewaskan juara Sepanyol 4-1 dalam perlawanan persahabatan pagi tadi.

Bintang Barcelona itu menemui gawang gol hanya selepas sembilan minit dan gol daripada Gonzalo Higuain tiga minit kemudian dan Carlos Tevez selepas 34 minit memberi pasukan Amerika Selatan itu mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.

Perlawanan pada separuh masa kedua hambar dengan Fernando Llorente memperoleh gol sagu hati untuk Sepanyol pada init ke-83 sebelum Sergio Aguero menjaringkan gol keempat Argentina dalam masa tambahan. - AFP

Sumber: Berita Harian