August 31, 2010

Van Persie Tidak Dapat Beraksi


Penyerang Arsenal dan Belanda Robin van Persie kelihatan tidak akan dapat beraksi selama beberapa, menurut Persatuan Bolasepak Belanda (KNVB).

Van Persie yang tidak dapat beraksi selama lima bulan pada musim lepas selepas mengalami kecederaan ligament, menderita terseliuh pergelangan kaki dalam perlawanan menentang Blackburn di Ewood Park Sabtu lepas.

KNVB mengumumkan bahawa Van Persie tidak akan dapat beraksi dalam kelayakan European Championship menentang San Marinho dan Finland berdasar kepada kadar kecederaan yang dialami Persie.

Arsene Wenger berkata bahawa selepas perlawanan menentang Blackburn, Persie hanya mengalami kecederaan dalam masa yang singkat. "Kakinya hanya terseliuh...Kami sudah melakukan rawatan ke atasnya...Kami harap dia akan pulih dalam masa lapan hingga sepuluh hari."

Dengan kecederaan yang dialami oleg Persie, Belanda akan memanggil penyerang Hamburg Ruud Van Nistelrooy,34, buat pertama kali setelah hampir dua tahun tidak beraksi untuk Belanda.

Van Nistelrooy mengumumkan persaraan dalam dunia bola sepak antarabangsa selepas Euro 2008 tetapi menarik balik keputusannya itu untuk beraksi dalam Piala Dunia 2010. Nistelrooy telah menjaringkan enam gol dalam tiga perlawanan untuk Hamburg SV pada musim ini.