August 24, 2010

Maurinho: City Lebih kaya Dari Kami


Pengurus Real Madrid Jose Maurinho mengakui bahawa Manchester City mendominasi musim perpindahan dalam arena bolasepak pada kali ini.

Maurinho yang jelas kelihatan hampa apabila gergasi Sepanyol itu tidak berjaya membawa masuk pemain pertahanan Serbia Aleksandar Kolarov tetapi dirampas oleh City dengan bayaran GBP16 juta. Maurinho juga merasakan agak sukar untuk memancing Emmauel Adebayor lari meninggalkan Eastlands.

City menghabiskan lebih daripada GBP100 juta untuk pemain baru mereka selepas beberapa bulan, termasuk menandatangani Kolarov daripada Lazio dan mereka patut berterima kasih kepada pemilik kelab itu Abu Dhabi.
Walau bagaimanapun, Real masih berusaha mendapatkan beberapa pemain selepas berjaya menandatangani Sergio Canales, Angel Di Maria, Sami Khedira, Ricardo Carvalho dan Mesut Ozil. Namun Maurinho percaya Manchester City lagi berkuasa daripada mereka dalam persaingan menandatangani pemain.

Maurinho yang dikaitkan dengan penyerang City Emmanuel Adebayor yang kelihatan hampa dengan pengurus Roberto Mancini, namun "the Special One" itu percaya perpindahan itu tidak mungkin akan berlaku dan bakal meninggalkan seribu tanda tanya. Maurinho percaya dari segi kehebatan, kedua-dua kelab itu sememangnya tidak boleh dibezakan. Namun dari segi kedudukan kewangan sememangnya Manchester City lebih kuat berbanding Real madrid.