August 24, 2010

Ferguson naik darah aksi anak buah


MANCHESTER: Alex Ferguson melenting selepas cemburu melihat pesaing lain (Chelsea dan Newcastle) merakamkan kemenangan dengan enam jaringan ketika barisan didiknya, Manchester United hanya mampu meraih satu mata menentang Fulham, kelmarin.



Tambah perit, wajahnya merah padam apabila Nani gagal menyudahkan sepakan penalti pada lewat babak permainan di Craven Cottage dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan seri 2-2 dalam aksi penuh dramatik.
Tidak cukup dengan itu, pengendali berbangsa Scotland itu juga dilaporkan berdepan hukuman denda 1,000 (RM5,000) kerana memboikot siaran televisyen British, BBC di bawah peraturan baru.
Fergie tidak dapat mempercayai apa dilihatnya apabila Nani yang hadir selaku pemain gantian gagal menyudahkan penalti pada minit ke-87 ketika United mendahului 2-1 sebelum Brede Hangeland menyamakan kedudukan untuk tuan rumah pada minit terakhir perlawanan.

Anda membuang dua mata berharga dengan gelagat seperti ini ketika berpeluang mendahului 3-1, kata pengurus The Red Devils itu.

Sumber: Berita Harian