August 24, 2010

Kuasa Duit Manchester City


Percaturan yang tampak serba menjadi. Itulah yang boleh diungkapkan ke atas kelab yang berbelanja besar untuk musim ini, Manchester City. The Reds yang satu masa dahulu merupakan kelab yang digeruni oleh lawan pada malam ini menjadi ayam belasahan oleh kelab "Duit", Manchester City. Liverpool diaibkan tuan rumah 3-0 di City of Manchester Stadium.

Pergerakan The Reds tampak serba tidak menjadi malam ini apabila Manchester City menguasai hampir 80% perlawanan pada malam ini. Kelibat Fernando Torres jelas menghampakan penyokong pasukan pelawat apbila tidak berjaya menghasilkan gol seperti yang diharapkan oleh peminat.

Apa yang jelas malam ini, Manchester City lebih berkuasa pada babak pertama apabila umpanan cantik dari pemain yang baru dibeli, Milner terus disapu oleh Garet Barry untuk menghasilkan gol pertamma buat Manchester City pada awal babak pertama. Kelincahan Milner semestinya mendapat pujian daripada pengurus yang dikatakan "sombong" oleh sesetengah pengurus lain, Roberto Mancini.

Selain daripada Milner, kelibat Adam Johnson yang mengambil posisi David Silva jelas menggembirakan pengurus dan penyokong Manchester City apabila membuat gerakan dan rembatan yang merbahaya dari luar kotak penalti. Kelincahan Adam Johnson sememangnya boleh dipuji kerana dapat menggelecek dan memperdayakan pertahanan Liverpool yang jelas tampak kucar-kacir.

Selain itu, tidak dilupakan kehebatan Joe Hart yang begitu menjadi selepas kembali dari zaman gelap semasa beraksi buat England di Afrika Selatan. Hart menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang. Jadi tidak hairanlah dengan kenaikan gajinya kepada GBP42 ribu seminggu oleh Manchester City.

Liverpool yang kelihatan lesu pada malam ini langsung tidak menunjukkan taring dalam perlawanan pada malam ini. Percaturan Roy Hodgson nyata tidak menjadi pada malam ini. Dengan meletakkan Torres dan Ngog di bahagian jentera serangan langsung tidak menggugat kehebatan pertahanan Manchester City.

Jelas Manchester City kini menjadi pasukan yang digeruni oleh pasukan lain dalam Liga Perdana. Namun sejauh manakah kehebatan mereka apabila bakal berhadapan dengan gergasi EPL yang lain seperti Chelsea, Manchester United dan Arsenal??