July 15, 2010

Messi mahu Fabregas sertai Barcelona

BANDAR PANAMA: Lionel Messi berkata beliau pasti gembira sekiranya digandingkan dengan pemain tengah Sepanyol dan Arsenal, Cesc Fabregas, yang mana kini menjadi buruan kelab bintang Sepanyol itu, Barcelona.

Messi berada di ibu kota Panama bagi menyertai perlawanan pertunjukan, di mana beliau akan tampil bersama-sama rakan senegaranya untuk berdepan pasukan yang diketuai bekas penyerang Jerman, Kevin Kuranyi.
"Ia adalah satu nikmat memiliki Fabregas dalam pasukan. Beliau berkembang sebagai seorang pemain menerusi sistem remaja Barcelona dan kami pernah bermain bersama," katanya. - AP

Sumber: Berita Harian