July 16, 2010

Barcelona punyai dana 50 juta Euro beli pemain

MADRID: Barcelona memiliki tunai 50 juta Euro (RM200 juta) untuk membeli pemain bintang bagi menguatkan pasukan juara liga Sepanyol itu musim ini.

Kelab itu berjaya memperoleh pinjaman 155 juta Euro untuk tempoh lima tahun, semalam bag menyelesaikan kemelut tunai yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu serta masalah membayar gaji pemain dan kakitangan.

Presiden barunya, Sandro Rosell dan lembaga pengarah yang mengambil alih tugas pada 1 Julai lalu berusaha menguruskan semula kelab ternama itu daripada cengkaman kewangan.