February 27, 2011

Preview Perlawanan Akhir Piala Carling: Arsenal vs Birmingham

Setelah sekian lama Arsenal tidak menjejakkan kaki ke perlawanan akhir, pada malam ini statistik itu akan berubah apabila mereka akan menjejakkan kaki ke Wembley untuk perlawanan akhir Piala Carling menentang Birmingham City.


Ini merupakan peluang buat mereka untuk memperolehi piala pertama musim ini sebelum berusaha untuk mendapatkan Piala FA dan kejuaraan liga. Untuk Piala Liga Kuara-juara pula dilihat amat sukar untuk mereka meneruskan cabaran.

Persembahan terakhir Arsenal dalam perlawanan akhir Piala Carling adalah ketika mereka menentang Chelsea yang menyaksikan mereka tewas 2-1. Dalam perlawanan itu, Arsene Wenger telah menyenaraikan beberapa pemian muda untuk digandingkan bersama senior.

Dalam perlawanan malam ini, Arsene Wenger mungkin akan mengubah percaturan itu. Disebabkan piala ini penting buat mereka, semestinya Wenger akan menurunkan barisan pemain terbaiknya untuk memastikan mereka akan berjaya membawa pulang Piala Carling untuk edisi kali ini.

Namun begitu, Arsenal kini harus bermain tanpa kapten mereka, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Stoke City. Cesc Fabregas mungkin menjadi pemain yang paling tidak gembira dengan situasi ini kerana dia tidak dapat bersama-sama ahli pasukan lain berjuang untuk mendapatkan piala pertama buat mereka setelah kemarau piala selama lima tahun.

Selain daripada Fabregas, pemain harapan mereka, Theo Walcot turut mengalami kecederaan dan mungkin tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan malam ini.

Namun dengan adanya van Persie, dia mungkin akan menjadi pemusnah dalam perlawanan malam ini. Dengan sembilan gol dalam lima perlawanan terakhir liga, RVP merupakan penyerang yang harus dihormati oleh Birmingham.

Perlawanan malam ini mungkin akan dimenangi Arsenal jika dilihat daripada prestasi semasa. Namun, Birmingham pasti tidak akan memberikan laluan mudah kepada Arsenal dan mereka juga pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memeastikan Piala Carling musim ini menjadi milik mereka.