Showing posts with label Piala Carling 2011. Show all posts
Showing posts with label Piala Carling 2011. Show all posts

September 22, 2011

Piala Carling | Bisa Owen Masih Muda!


Mampu menjaringkan dua gol dalam perlawanan pagi semalam. 

Michael Owen menegaskan dia masih memiliki ketajaman penyudah yang boleh ditawarkan kepada Manchester United selepas membantu pasukan itu mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menjaringkan dua gol ketika menewaskan Leeds 3-0 dalam pusingan ketiga, kejohanan Piala Liga, kelmarin. 

Peranan Owen tampak dihadkan di Old Trafford, tetapi bekas penyerang Liverpool dan Real Madrid itu membuktikan dirinya masih bernilai apabila menjadi kunci kepada pasukan dengan menyumbat dua gol dalam perlawanan pertama musim ini membantu kemenangan di Elland Road, kelmarin.
Penyerang berusia 31 tahun itu akur ingin beraksi lebih banyak perlawanan, tetapi mengakui ia adalah satu pertandingan dan gembira dengan sumbangan setiap kali peluang datang.
“Masih terdapat tekanan,” katanya. “Anda tidak banyak mendapat peluang dan kemudian apabila anda diberikan peluang itu, ia akan menjadi beberapa bulan sebelum anda boleh melihat padang semula jika anda gagal beraksi dengan baik. 

“Anda perlu membuktikan kepada diri anda dan orang lain anda boleh beraksi baik tetapi kita beraksi dalam perlawanan yang lebih pantas dan sengit musim ini.” 

Owen, salah satu daripada 11 perubahan yang dibuat Sir Alex Ferguson dalam perlawanan menentang Leeds, jelas gembira dengan peranan dan contoh yang diberikan kepada pemain muda kelab yang sebahagian besarnya beraksi di Elland Road.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

February 28, 2011

Piala Carling: Szczesny Beri Kemenangan Kepada Birmingham

Pada minit ke-89, kedudukan masih lagi 1-1. Satu hantaran panjang menerjah penjaga gol Arsenal Wojciech Szczesny. Bola muntah daripada penjaga gol itu seolah-olah akan diambil oleh Laurent Koscienly, namun entah apa yang difikirkannya, dia meninggalkan bola itu kepada Szczesny. Peluang itu terus dirampas oleh Obafemi Martins untuk menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Birmingham dan Arsenal kempunan untuk mendapatkan piala setelah kemarau piala selama lima tahun.


Penyerang Birmingham itu tidak mensia-siakan peluang yang ada bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka dan menafikan pemilikan Piala Carling terhadadap Arsenal yang melihat piala itu seolah-olah menjadi milik mereka.

Szczesny yang berusia 20 tahun itu pasti tidak akan dapat melupakan kesilapan yang dilakukannya itu sepanjang kariernya.

Namun, kepada penyokong Arsenal, anda jangan risau kerana di atas kertas, anda masih boleh berharap kepada tiga lagi piala yang akan menyusul. Kuncinya sekarang ialah kesihatan pemain dan psikologi yang tinggi untuk melupakan kekalahan yang TERUK ini.

Dalam liga pula, sekiranya Arsenal masih dapat mengekalkan momentum sedia ada (buka seperti perlawanan malam tadi), tidak mustahil untuk mereka berjaya mengejar pendahulu, Setan Merah(Man United) yang kini gah di persada liga.

Buat Birmingham, kamu memang layak menjulang trofi ini kerana semangat yang ditunjukkan dalam perlawanan malam tadi.(tapi sayang, kat Malaysia ni takde penyokong Birmingham).

February 27, 2011

Preview Perlawanan Akhir Piala Carling: Arsenal vs Birmingham

Setelah sekian lama Arsenal tidak menjejakkan kaki ke perlawanan akhir, pada malam ini statistik itu akan berubah apabila mereka akan menjejakkan kaki ke Wembley untuk perlawanan akhir Piala Carling menentang Birmingham City.


Ini merupakan peluang buat mereka untuk memperolehi piala pertama musim ini sebelum berusaha untuk mendapatkan Piala FA dan kejuaraan liga. Untuk Piala Liga Kuara-juara pula dilihat amat sukar untuk mereka meneruskan cabaran.

Persembahan terakhir Arsenal dalam perlawanan akhir Piala Carling adalah ketika mereka menentang Chelsea yang menyaksikan mereka tewas 2-1. Dalam perlawanan itu, Arsene Wenger telah menyenaraikan beberapa pemian muda untuk digandingkan bersama senior.

Dalam perlawanan malam ini, Arsene Wenger mungkin akan mengubah percaturan itu. Disebabkan piala ini penting buat mereka, semestinya Wenger akan menurunkan barisan pemain terbaiknya untuk memastikan mereka akan berjaya membawa pulang Piala Carling untuk edisi kali ini.

Namun begitu, Arsenal kini harus bermain tanpa kapten mereka, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Stoke City. Cesc Fabregas mungkin menjadi pemain yang paling tidak gembira dengan situasi ini kerana dia tidak dapat bersama-sama ahli pasukan lain berjuang untuk mendapatkan piala pertama buat mereka setelah kemarau piala selama lima tahun.

Selain daripada Fabregas, pemain harapan mereka, Theo Walcot turut mengalami kecederaan dan mungkin tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan malam ini.

Namun dengan adanya van Persie, dia mungkin akan menjadi pemusnah dalam perlawanan malam ini. Dengan sembilan gol dalam lima perlawanan terakhir liga, RVP merupakan penyerang yang harus dihormati oleh Birmingham.

Perlawanan malam ini mungkin akan dimenangi Arsenal jika dilihat daripada prestasi semasa. Namun, Birmingham pasti tidak akan memberikan laluan mudah kepada Arsenal dan mereka juga pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memeastikan Piala Carling musim ini menjadi milik mereka.