February 26, 2011

Preview Perlawanan EPL Gameweek 28

Hanya sembilan perlawanan yang akan berlangsung pada minggu ini memandangkan Arsenal dan Birmingham akan bermain untuk perlawanan akhir Piala Carling pada hari Ahad. Manakala perlawanan antara Tottenham menentang Chelsea pula telah ditunda pada satu masa yang belum lagi ditentukan. Chelsea dan Manchester United pula akan bertemu pada hari Rabu dalam bagi menggantikan perlawanan yang ditunda sebelum ini.


SABTU

Aston Villa v Blackburn

Aston Villa telah memperbaiki permainan mereka bagi mengelakkan diri mereka jatuh ke zon penyingkiran. Darrent Bent menjaringkan beberapa gol penting sejak menyertai Aston Villa, manakala pertahanan mereka pula hanya melakukan beberapa kesilapan kecil sahaja. Rekod mereka di gelanggang sendiri boleh dikatakan agak baik, dan mereka menjadi pasukan pilihan untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan ini.

Balckburn kini menghuni tangga pertengahan liga, namun mereka hanya berada dua mata di atas Villa. Perlawanan antara mereka dijangka agak sengit kerana mana-mana pasukan yang menduduki tangga ke-10 dan kebawah liga akan jatuh ke zon penyingkiran sekiranya mereka kalah dalam dua perlawanan. Pencapaian Blackburn di gelanggang lawan pula dikatakan teruk dengan mencatatkan sembilan kekalahan dalam 13 perlawanan.

Perlawanan dijangka seimbang dan mungkin akan dimenangi Aston Villa untuk memintas Blackburn.

Everton v Sunderland

Everton merupakan pasukan yang tidak konsisten dalam liga pada musim ini. Mereka hanya berjaya mencatat empat daripada 12 perlawanan di tempat sendiri. Mereka berjaya memberi saingan kepada kelab teratas namun mereka seringkali tewas kepada kelab yang berada di bawah mereka.

Sunderland kini berada di tangga ke tujuh liga dan hanya dua mata yang berjaya dikutip mungkin akan meletakkan mereka dalam Liga Europa. Dengan hanya mencatat tiga kemenangan dalam 13 perlawanan di tempat lawan, perjalanan mereka dilihat tidak begitu baik, namun mereka masih berharap agar dapat melakukan sesuatu apabila berkunjung ke Goddison Park. Setelah menjual Bent, dilihat dua orang penyerang mereka Gyan Assamoah dan Kieran Richardson berjaya memberikan harapan buat mereka. Kedua-dua penyerang ini dijangka akan mendatangkan beberapa masalah buat pertahanan Everton.

Selepas berjaya menumpaskan Chelsea dalam Piala FA minggu lepas, mungkin Everton akan meneruskan aksi cemerlang untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan ini.

Newcastle v Bolton

Newcastle tidak menghiraukan ketiadaan Andy Carroll yang berhijarah ke Liverpool. Mereka kini berada di tangga ke sembilan liga. Kemenangan dalam perlawanan ini akan meletakkan mereka di atas Bolton dan mungkin juga Sunderland. Tempat untuk ke kempen Liga Europa juga dilihat amat cerah bagi mereka.

Bolton telah berjaya bergerak ke beberapa tangga liga setelah berjaya mencatat dua kemenangan daripada tiga perlawanan di tempat sendiri, dan mereka berjaya ke peringkat lapan pasukan terakhir Piala FA. Daniel Sturridge telah memberikan aksi cemerlang setelah menyertai Bolton secara pinjaman daripada Chelsea dan kini menjadi 'key player' buat The Magpies. Namun mereka hanya berjaya mencatat dua kemenangan daripada 13 perlawanan di gelanggang lawan, dan perlawanan ini bukanlah perlawanan yang mudah buat mereka.

Bolton mungkin akan memberikan saingan sengit dalam perlawanan ini untuk membawa balik sekurang-kurangnya satu mata.

Wigan v Man United

Wigan kini berada dalam zon penyingkiran dengan hanya mencatat tiga kemenangan dalam 14 perlawanan di gelanggang sendiri. Di atas kertas, mereka dilihat tidak mungkin dapat menyelamatkan diri daripada tersingkir pada musim depan. Bagaimanapun, mereka cuba bermain dengan baik, dan apabila mereka berjaya mencatat satu kemenangan, mereka akan berjaya untuk mencatat banyak lagi kemenangan dalam perlawanan seterusnya.

Man United berada di kedudukan teratas liga dan diekor rapat oleh Arsenal. Mereka akan bermain sebanyak dua kali pada minggu ini ketika Arsenal bersedia untuk menghadapi Birmingham dalam perlawanan akhir Piala Carling dan ini membuka peluang buat mereka untuk melebarkan jurang mata sekiranya mereka berjaya memenangi kedua-dua perlawanan. Mereka mencatat tiga seri dan satu kalah dalam perlawanan di gelanggang lawan sepanjang musim ini berlangsung.

Perlawanan mungkin akan dimenangi Man UNited berdasar kepada prestasi hambar Wigan.

Wolves v Blackpool

Wolves kini meletakkan mereka di tangga tercorot liga berdasar kepada perbezaan jaringan, namun kemenangan dalam perlawanan ini mungkin akan berjaya mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran. Mereka beraksi cemerlang dalam perlawanan di gelanggang sendiri dengan berjaya menewaskan Man UNited, Man City dan Chelsea. Dengan berjaya mencatat enam kemenangan di gelanggang sendiri, mereka mungkin akan berjaya mencatat keputusan yang positif dalam perlawanan ini.

Blackpool meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya membelasah Tottenham 3-1 dalam perlawanan sebelum ini. Dengan kemenangan besar itu mereka kini berjaya melonjak ke tangga ke-12 liga dan ini memberikan mereka sedikit ruang untuk bernafas. Persembahan mereka di gelanggang lawan agak cemerlang. Namun perlawanan ini dilihat amat sukar buat mereka kerana 'key player' mereka, Charlie Adam, digantung perlawanan.

Wolves mungkin akan mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan ini dan mungkin akan berjaya mengatasi Balckpool.


AHAD

West Ham v Liverpool

West Ham kini berusaha untuk keluar dari zon penyingkiran, namun mereka boleh memperbaiki persembahan mereka di tempat sendiri jika mereka mahu. Tiga kemenangan dan 14 jaringan gol di gelanggang sendiri menunjukkan mereka sukar untuk terus melonjak ke tangga pertengahan liga. Namun sekiranya mereka berjaya mencatat beberapa kemenangan selepas ini, tidak mustahil untuk mereka keluar dari zon penyingkiran.

Liverpool kini telah memperbaiki persembahan mereka di gelanggang lawan sejak kembalinya Kenny Dalglish, namun ianya lebih baik sekiranya mereka berjaya menempatkan diri mereka di tangga ke empat liga. Kemenangan dalam perlawanan ini akan menyaksikan mereka berjaya merapatkan jurang kepadalima mata dengan Spurs, namun dengan hanya 12 gol di tempat lawan, sukar untuk mereka mendapatkan banyak gol dalam perlawanan ini.

West Ham kini berjaya ke peringkat lapan pasukan terakhir Piala FA, namun Liverpool juga berjaya ke peringkat seterunsnya dalam Liga Europa dalam perlawanan minggu lepas. Perlawanan ini pula mungkin akan dimenangi Liverpool, namun ianya bukan perlawanan mudah buat mereka.

Man City v Fulham

Man City kini dilihat semakin jauh ketinggalan dalam perebutan juara liga, namun mereka kini harus fokus kepada perebutan tempat dalam Liga Juara-Juara. Mereka masih mempunyai skuad yang begitu berbakat, dan layak ke Liga Juara-juara merupakan pencapaian minimum yang harus mereka capai. Mereka berjaya ke peringkat seterusnya dalam Liga Europa dan Piala FA juga masih terbuka luas buat mereka. Mereka kini mengalami beberapa masalah kecederaan, namun mereka merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini.

Fulham masih lagi meneruskan persembahan buruk mereka di gelanggang lawan. Mereka hanya banyak mencatat keputusan seri di gelanggang lawan musim ini. Antara masalah mereka ialah sukar untuk menjaringkan gol ketika beraksi di tempat lawan.

Man City mempunyai peluang cerah untuk memenangi perlawanan ini dan akan mengekalkan mereka di tangga ke-3 liga.


SELASA

Stoke v West Brom

The Potters telah ditewaskan 10 kali di gelanggang lawan. Namun persembahan mereka di gelanggang sendiri amat baik dan perlawanan ini dilihat akan memberikan kemenangan ketujuh buat mereka di gelanggang sendiri.

West Brom kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran dan mereka mempunyai pertahanan yang teruk dalam liga. Dengan mencatat sembilan kekalahan di gelanggang lawan meletakkan mereka kini dalam kedudukan berbahaya. Roy Hodgson harus memperbaiki pertahanan mereka, namun perlawanan ini mungkin sukar buat mereka. Mereka mungkin akan bergerak ke zon penyingkiran selepas perlawanan ini.

Stoke seharusnya menggunakan segala peluang yang ada untuk memastikan mereka berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.


RABU

Chelsea v Man United

Chelsea sepatutnya tidak boleh tewas dalam perlawanan ini. Kini mereka banyak memberikan fokus kepada Liga Juara-juara apabila tersingkir dari saingan Piala FA. Sebelum ini pertahanan mereka amat sukar untuk ditembusi. Namun sejak akhir-akhir ini, pertahanan mereka dilihat amat rapuh dan mudah ditembusi walaupun berhadapan dengan pasukan yang berada di bawah mereka.

Persoalan yang utama ialah, siapakah yang bakal diturunkan dalam perlawanan ini sama ada Torres atau Drogba. Apa pun yang berlaku, sekiranya mereka berjaya mencatat kemenangan dalam perlawanan ini, mereka pasti akan berjaya ke Liga Juara-juara sekali lagi pada musim depan.

Man United kini dilihat cuba mengambil kesempatan ke atas Arsenal yang tidak bermain pada minggu ini. Prestasi Man United di gelanggang lawan tidaklah begitu baik. Namun begitu, penyerang mereka Wayne Rooney kini dilihat sudah kembali menemui sentuhan, tapi lima gol yang dijaringkan dilihat amat teruk jika ingin dibandingkan dengan kedudukannya sebagai penyerang berkelas dunia. Sekiranya dia berjaya kembali dalam perlawanan ini, dia akan memberikan satu perubahan buat Man UNited.

Perlawanan ini dijangka sengit, namun mungkin akan berakhir dengan keputusan seri.