May 13, 2013

Nwakaeme Yakin Mampu Benam Kitchee



KOTA BHARU - Penggempur import Kelantan, Dickson Nwakaeme optimis pasukannya berada pada landasan tepat untuk mencatatkan kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Kitchee FC dalam saingan pusingan kedua Piala AFC di Stadium Muhammad IV, esok.

Keyakinan tersebut disuarakan oleh pemain berkenaan selepas The Red Warriors mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan sebelum ini termasuklah menumbangkan Negeri Sembilan 3-0 dalam aksi Liga Super, Jumaat lalu.

Nwakaeme bagaimanapun mengakui pertemuan dengan Kitchee FC bukan tugas mudah kerana memerlukan semangat juang yang tinggi.

"Kitchee sebuah pasukan yang hebat, tetapi kami sudah bersedia untuk perlawanan tersebut dan sentiasa bekerja keras bagi memastikan Kelantan meraih kemenangan untuk layak ke pusingan suku akhir.

"Jadi saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kita layak ke pusingan seterusnya. Peluang beraksi di tempat sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi di sini semalam.



Dalam pada itu, penyerang kelahiran Lagos, Nigeria itu memberitahu kecederaan yang dialaminya sebelum ini semakin pulih.

"Kecederaan yang saya alami sebelum ini hampir pulih sepenuhnya. Untuk itu saya berharap dapat diturunkan pada perlawanan menentang Kitchee FC, bagi membantu pasukan meraih kemenangan.

"Sebagai penyerang, saya sentiasa mengimpikan beraksi di atas padang dan menjaringkan seberapa banyak gol bagi membantu pasukan mencatatkan kemenangan," jelasnya.

Setakat ini, Nwakaeme berjaya menjaringkan tiga gol dalam saingan Piala AFC dan Liga Super sejak menyertai Kelantan pada Mac lalu.

Nwakaeme berkata, dia semakin serasi dengan corak latihan permainan yang disusun oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak.

Menurutnya, dia juga mendapat sokongan rakan sepasukan seperti Mohd. Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin, Shakir Shaari serta pengurusan pasukan.

Ujarnya, keadaan tersebut menguatkan lagi semangatnya untuk terus berjuang membantu Kelantan meraih kejuaraan musim ini.-utusan


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB