October 29, 2012

Kelantan Dominasi FAM National Football Award


Peminat Kelantan akan dibayar dengan harga mewah di atas kesetiaan mereka menyokong pasukan kesayangan apabila akan berlangsungnya FAM National Football Award di Shah Alam esok, di mana sekurang-kurangnya seorang daripada pemain mereka tercalon dalam setiap kategori.


Pada tahun ini, kebanyakan calon yang tersenarai adalah terdiri daripada pemain pasukan yang berjaya menjuarai treble tahun ini, Kelantan dimana mereka ada calon dalam kesemua lapan kategori.

Coach Bojan Hodak, kapten marvelous Badhri Radzi dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat antara nama besar yang tercalon dalam anugerah tersebut.

ATM yang tewas dalam final Piala Malaysia mempunyai pemain kedua paling ramai dalam anugerah ini.

Kategori Penjaga Gol Terbaik dilihat menarik apabila menyaksikan persaingan antara Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias manakala untuk Pemain Import Terbaik pula menyaksikan persaingan antara Muhammad Ghaddar dan Marlon Alex James.


Untuk anugerah Pemain Terbaik pula akan melibatkan pemain paling berpengaruh musim ini iaitu Badri Radzi, Norshahrul Idlan Talaha dan juga kapten ATM Hairuddin Omar.

Antara kategori lain yang dimasukkan ialah Persatuan Bola Sepak Terbaik, Kelab Terbaik dan Kelab Penyokong Terbaik.

SENARAI CALON

Best Goalkeeper

- Farizal Marlias (Negeri Sembilan), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Norazlan Razali (Selangor)

Best Defender

- S. Subramaniam (Kelantan), Aidil Zafuan Abdul Radzak (ATM), Amirizwan Taj Tajudin (ATM)

Best Midfielder

- Safiq Rahim (Selangor), Badri Radzi (Kelantan), Rizal Zamberi Yahya (ATM)

Best Striker

- Norfarhan Mohamad (Kelantan), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Amri Yahyah (Selangor)

Most Promising Player

- Rozaimi Abdul Rahman (Sabah), Nik Mohd Shahrul Azim (Kelantan), Ashri Chu Chu (Sarawak)

Best Coach

- Bojan Hodak (Kelantan), B. Sathiananthan (ATM), Irfan Bakti Abu Salim (Selangor)

Most Valuable Player

- Badri Radzi (Kelantan), Hairuddin Omar (ATM), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Best Foreign Player

- Marlon Alex James (ATM), Muhammad Ghadar (Kelantan), Jean Effa Owana (Negeri Sembilan)