May 25, 2012

Stadium Kelantan Banyak "BERUK"


Kelantan FA merupakan satu pasukan yang cukup digeruni dalam kancah bola sepak Malaysia semenjak dua tiga tahun lepas. Kebangkitan Kelantan dalam arena bola sepak jelas dicemburui oleh pasukan dan penyokong lain di Malaysia.


Baru-baru ini Kelantan berjaya menewaskan Terengganu FA dalam peringkat kalah mati Piala AFC. Kemenangan itu jelas penting buat Kelantan dan peminat setia The Red Warriors.


Namun disebalik kejayaan Kelantan, ada beberapa elemen yang sering memburukkan nama pasukan Kelantan dalam kancah bola sepak Malaysia. Elemen itu tidak lain tidak bukan adalah segelintir penyokong yang terlalu fanatik sehingga berkelakuan seperti BERUK KENA BELACAN.


Pada saingan AFC menentang Terengganu pada Rabu lepas menyaksikan beberapa ekor beruk masih lagi terlepas sehingga mencemarkan imej Kelantan FA, KAFA dan peminat setia Red Warriors.


"BERUK" yang dimaksudkan di sini adalah segelintir penyokong yang suka membaling objek dan mercun ke dalam padang. Beruk-beruk ini sememangnya jenis berketurunan saka beruk peninggalan orang-orang tua zaman dahulu. Dan apabila tidak ada bomoh yang boleh halau beruk-beruk ini, mereka terlepas masuk ke dalam stadium dan menjadi puak-puak sakai yang tidak bertamadun sama sekali.


Selepas perlawanan menentang Terengganu, KAFA dikatakan telah akan dikenakan denda sebanyak AS$5,000 (RM15,773) bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh beruk-beruk ini. 


Ini adalah laporan melalui akhbar SINAR HARIAN hari ini,


SEBARANG hukuman yang bakal diterima Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berikutan insiden segelintir penyokong yang bertindak agresif akan memberi imej buruk kepada  The Red Warriors dalam dunia bola sepak tempatan, kata Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Khairi Yazid.

Beliau yang kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyokong Kelantan yang hadir bukan atas semangat kesukanan dengan melakukan sesuatu menyalahi undang-undang hanya mencemari imej persatuan dan nama baik Kelantan selaku gergasi bola sepak Malaysia.

"Saya kesal dengan kejadian ini kerana kejayaan layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sepatutnya diraikan dengan penuh kemegahan tetapi ia dicemari tindakan segelintir penyokong yang tidak berdisiplin.

"Kita bangga mempunyai ramai penyokong namun apabila segelintir penyokong tidak berdisiplin, ia memberi masalah kepada seluruh penyokong dan pasukan dimana bukan sahaja dikenakan denda malah nama baik Kelantan yang kini melonjak naik turut akan tercemar," kata Khairi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas  mengenai nasib Kafa yang dilaporkan bakal menerima hukuman denda berjumlah AS$5,000 (RM15,773) untuk setiap kesalahan berikutan segelintir penyokong The Red Warriors yang bertindak membakar mercun, selain membaling objek seperti bekas minuman didalam stadium ketika perlawanan Piala AFC antara Kelantan dan Terengganu, kelmarin.

Demi menjaga nama baik Kelantan, Khairi berharap peminat-peminat The Red Warriors mampu mengawal emosi setiap kali pasukan beraksi di atas padang walaupun ada kalanya keputusan perlawanan tidak memihak kepada pasukan.

"Saya harap insiden seumpama ini tidak berulang. Tidak mereka meraikan kemenangan itu tapi ada batasnya. Seharusnya mereka meraikan dengan cara yang selamat dan tidak memberi kesan kepada persatuan," tegas Khairi.



Maka berbanggalah juak-juak beruk apabila KAFA didenda akibat perbuatan hina dan terkutuk mereka ini. Dan jangan marah sekiranya selepas ini Kelantan terpaksa beraksi tanpa penyokong akibat segelintir BERUK yang tak faham bahasa ini.