May 21, 2012

Bojan Puji Semangat Anak Buah



"Ini adalah perlawanan yang sukar. Tidak mudah untuk menewaskan pasukan yang bermain dengan corak bertahan.


"Namun ini adalah monumental kemenangan buat kami, ia tidaklah begitu menarik untuk ditonton tapi sekurangnya kami memenangi piala ini".


Bojan Hodak juga memuji karakter setiap pemainnya sejak dia mengambil alih pasukan tersebut.


"Baru dua bulan saya mengendali Kelantan, dan pemain saya memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Kami hanya kalah sekali dalam 20 perlawanan, saya tidak boleh meminta lebih daripada itu".


Bojan juga memuji corak permainan wira Kelantan, Mohammad Ghaddar.


"Ghaddar bermain dengan baik. Dia tidak pentingkan diri sendiri, dan sentiasa mencipta peluang kepada rakan sepasukan dan yang paling penting dia mejaringkan gol kemenangan buat kami".


Jurulatih dari Croatia itu juga dia akan menggunakan pemain yang betul-betul cergas untuk perlawanan AFC menentang jiran tetangga Terengganu.


"Kami ada perlawanan penting menentang Terengganu selepas ini, jadi saya hanya akan menggunakan pemain yang cergas dari segi fizikal dan mental. Tapi malam ini, saya akan biarkan anak buah saya meraikan kejayaan paling berharga mereka".