“Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai dua pemain import itu kerana mereka baru saja menyertai pasukan ini dan keputusan perlawanan tewas 0-2 itu tidak penting kerana lebih memberi perhatian dalam melihat prestasi pemain simpanan.
“Kami berdepan dengan sebuah kelab hebat dari Singapura dan pemain harus dipuji kerana mampu memberi saingan sepanjang 90 minit perlawanan itu. Sebarang kelemahan akan dibaiki sebelum bertemu dengan Sabah, Rabu ini,” katanya.
Ini adalah kekalahan kedua perlawanan persahabatan TRW yang sebelum ini dibelasah 5-0 skuad Malaysia.
Balestier FC memperoleh jaringan melalui Goran Subara pada minit 29 dan gol kemenangan pelawat itu dijaringkan, Kim Min Ho, minit 48.