February 14, 2012

Malaysian Super League Preview: Perak vs LionsXII



Perak vs Lions XII
Stadium Ipoh
8.45 Malam
Ulangan di Astro Arena 801


Barisan Kemungkinan


Perak 

Nasril , 
Badrul, Shahrom, Nantha, Hazrul , 
Hazrul, Kubala, Shahrul, Rafiuddin , 
Popovic, Akmal 





LionsXII 
Izwan , Juma'at, Safuwan, Baihakki, Shaiful , Yasir, Hariss,, Shahdan, Irwan , Shahril , Sufian 



Perak nyata kecewa setelah kalah kepada T-Team pada Sabtu lepas sekaligus melepaskan takhta liga kepada jaguh Pantai Timur, Kelantan. Anak buah Norizan Bakar turun selaku pasukan underdog dalam persaingan Liga Super musim ini. Namun dengan kemasukan pemain import mereka, Michal Kubala, Perak terus berubah menjadi satu pasukan yang digeruni.


Seladang dikatakan bersedia untuk bangkit bagi mencatat kemenangan keenam mereka musim ini. Walau bagaimanapun, lawan mereka pada malam ini bukanlah calang-calang pasukan iaitu Lions XII. Anak buah V. Sundramoorthy telah bermain dengan baik Sabtu lalu apabila berjaya menundukkan Negeri Sembilan di Stadium Jalan Besar.


Setakat ini nadi Lions XII, Shahril Ishak merupakan ancaman yang cukup besar yang harus dihadapi oleh Perak. Selain itu, Sufian Anuar juga adalah salah satu nama lain yang harus diperhatikan Perak. Pemain tengah Lions XII, Hardman Isa digantung perlawanan dan mungkin akan diganti oleh Shahdan Sulaiman manakala Raihan Rahman atau Yasir Hanapi pula akan bermain di posisi sayap.


Bagi pasukan tuan rumah, ketiadaan K. Nanthakumar di bahagian pertahanan nyata meninggalkan kesan yang amat ketara ketika mereka kalah kepada T-Team. Fahrul Razi pula masih belum pasti sama ada dapat diturunkan atau tidak manakala Failee Ghazalee pula masih dibelengu kecederaan. Michal Kubala akan terus mengemudi bahagian tengah bersama Shahrulnizam Mustapha dan Lazar Popovic pula akan bersama Akhmal Rizal Rakhli dibahagian serangan.


Perlawanan malam ini pasti sengit dan sukar bagi kedua-dua pasukan.



Lima Perlawanan Terakhir Perak
T-Team FC 2 - Perak FA 0
Perak FA 2 - Sarawak FA 1
Felda United FC 1 - Perak FA 2
Johor FC 0 - Perak FA 1
Perak FA 2 - Negeri Sembilan FA 1


Lima Perlawanan Terakhir Lions XII
LionsXII 3 - Negeri Sembilan FA 1
Selangor FA 1 - LionsXII 1
LionsXII 0 - Terengganu FA 1
Sabah FA 0 - LionsXII 1
LionsXII 2 - Kuala Lumpur FA 1





Ramalan: Perak 2-1 Lions XII