February 14, 2012

Malaysia Super League Preview: Selangor vs Kelantan



Selangor vs Kelantan
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45 Malam
Siaran Langsung di RTM1


Barisan Kemungkinan


Selangor
Izwan, Razman, Asra, Dayoub, Gunalan, Soley, Safiq, Gurusamy, Amirulhadi, Amri, Balaban


Kelantan
Fahmi, Daudsu, Nwaneri, Subra, Aziz, Norfarhan, Badri, Azwan, Shakir, Norshahrul, Indra



Selangor mempunyai tugas berat dalam perlawanan malam ini apabila terpaksa berhadapan dengan Kelantan dalam perlawanan Liga Super Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelantan semestinya merasa lebih yakin untuk perlawanan malam ini apabila berjaya mencatat lima kemenangan daripada tujuh perlawanan liga manakala Selangor pula hanya berjaya mencatat dua kemenangan setakat ini. Gergasi Merah melalui musim yang agak mengecewakan setakat ini lebih-lebih lagi apabila dikejutkan dengan kekalahan kepada PKNS FC dan Felda United.


Gandingan antara Indra dan Norsharul cukup menjadi bagi Red Warriors walaupun penyerang import mereka, Mohammad Ghaddar belum menjaringkan sebarang gol padang. Ghaddar kini hanya menjaringkan dua gol melalui sepakan penalti ketika menentang Lions XII dan Kedah. Namun Ghaddar dijangka akan berada di bangku simpanan malam ini. Obina Nwaneri dan Subramanian juga menunjukkan kematangan yang lebih mantap apabila berjaya menyekat kemaraan Forkey Doe ketika Kelantan berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.


Namun begitu, Kelantan seharusnya tidak memandang rendah kepada keupayaan Selangor pada malam ini. Selangor kini telah mendapat kritikan daripada peminat mereka sendiri disebabkan oleh jentera serangan yang tumpul. Pemain berpengalaman mereka, Amri Yahyah masih belum menjaringkan gol pada musim ini dan penyerang import mereka, Lelo Mbele telah dihantar pulang tanpa sempat diturunkan.


Walaupun prestasi Selangor setakat ini dilihat tidak begitu konsisten, namun Selangor dijangka akan turun dengan pasukan yang lebih kuat pada malam ini apabila penyerang import mereka, Basko Balaban dijangka akan diturunkan buat kali pertama pada perlawanan ini.



Lima Perlawanan Terakhir Selangor
Felda United 1-0 Selangor
Selangor 0-0 Sarawak
T-Team 1-2 Selangor
Selangor 1-1 Lions XII
PKNS FC 2-0 Selangor


Lima Perlawanan Terakhir Kelantan
Kelantan 2-1 Johor FC
Kedah 0-3 Kelantan
Kelantan 3-0 Kuala Lumpur
Sabah 0-0 Kelantan
Kelantan 2-1 Terengganu


Ramalan: Selangor 1-3 Kelantan