January 20, 2012

Rizal Hashim Kurang Ajar Kepada Kelantan, Al-Sultan Kelantan, Tan Sri Anuar Musa dan Peminat Bola Sepak Kelantan


Hari ini nama Rizal Hashim menjadi femous dalam kalangan penyokong fanatik bola sepak Kelantan The Red Warriors. Popularnya Rizal Hashim a.k.a Tuan Tanah Kedaun bukan kerana kebijaksanaannya seperti yang dilihat dalam kaca televisyen, namun kerana kebodohan dan kesangapan Tuan Tanah Kedaun mengkritik Tan Sri Anuar Musa berikutan kelewatan sepak mula perlawanan antara Kelantan vs PKNS FC tempoh hari.


Ini adalah apa yang ditulis oleh Tuan Tanah Kedaun dalam blognya:


"Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?"


Selebihnya boleh baca  Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya


Jadi, ini adalah jawapan dari Tan Sri Anuar Musa dan juga wakil daripada penyokong Kelantan The Red Warriors buat Tuan Tanah Kedaun yang perasan bijak tapi sangap:


-Tan Sri Anuar Musa-


Rizalhashim dlm blognya mengkritik saya tentang kelewatan sepakmula kel vs pkns kerana menunggu keberangkatan tiba DYMM AL SULTAN..bg saya keberangkatan DYMM SULTAN ADALAH SATU PENGHORMATAN AMAT TINGGI..ALSULTAN ADALAH TIMBALAN YG DIPERTUAN AGONG..SAYA BANGGA DGN SULTAN SAYA..DYMM ALSULTAN BYK BERI DORONGAN KPD SAYA DAN KAFA.MALAH DYMM PERKENAN USAHA KAFA BINA STADIUM DI KB DAN DYTM TG MAHKOTA MENAUNGI ARMY DAN KAFA..KELEWATAN ITU WALAU ADA NEGATIVENYA NAMUN KEBERANGKATAN TUANKU LEBIH BESAR DAN BERERTI BUAT BOLASEPAK..HIDUP BIAR BERADAT..ALSULTAN RAJA KITA!!


Kalau ada yg salah atas kelewatan sepakmula ADALAH SALAH SAYA kerana TUANKU tidak titahkan supaya dilambatkan..namun saya diberitau TUANKU mau solat dulu..MAKA ANTARA ALSULTAN,SOLAT DAN PROTOKOL BOLA,yg mana nak didulukan?SAYA MEMILIH UTK MENGHORMATI SULTAN SAYA DAN SOLATNYA..lagi pun kalau ALSULTAN boleh memberi penghormatan pd bola dgn mencemar duli tanpa PROTOKOL(yg jarang di buat mana2 sultan)TAK BOLEHKAH PENGANJUR BOLA BERI PENGHORMATAN PD SULTAN???


-RedsFC-News-


Sedangkan undang2 Allah dipertikaikan, inikan pula undang2 manusia yang memang boleh atau kata2 bodohnya, senang2 untuk diubah. Jangan samakan permainan bola sepak d negara eropah, Asia yang bukan dikalangan negara Islam. Waktu Azan pun diorang akan main sbb terang2 sudah kafir. Jika anda kritik sbb Al Sultan kami lewat datang kerana sedang menunaikan solat. anda silapp.. Kalau anda kata anda tidak pernah bosan, maka kami disini sangat2 tidak TAKUT untuk mempertahankan RAJA kami, AL SULTAN kami dari kata2 pihak anda.. jangan kerana mulut, habis maruah bro rosak diserang.. kritikan anda kami terima tp jangan berlebih lebihan sehingga menyentuh KETUA NEGERI yang MENAUNGI SEKALIAN RAKYAT KELANTAN DARUL NAIM.


-Kelantan The Red Warriors [KB]-



Salah-kah lewat sepakmula bolasepak KELANTAN VS PKNS FC kerana menunggu SULTAN SOLAT ISYAK dulu...?? Mohon Rizal Hashim Berfikir..!!!!

Layakkah Rizal Hashim untuk mengkritik???