January 9, 2012

Piya Makan Hati?



KUALA LUMPUR (Arena.My) – Pembukaan liga bola sepak tempatan dengan aksi pertama Piala Sumbangsih menyaksikan beberapa perubahan ketara terutama kapten Kelantan musim lalu, Mohd Badhri Mohd Radzi kini tidak lagi menjadi pilihan kesebelasan utama.
Jika musim lalu Badhri Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Piya  adalah kapten pasukan, megah mengemudi rakan di atas padang kini dia menjadi pilihan kedua ekoran persaingan pemain yang begitu ramai.
Tempat Piya kini diganti pemain tengah Shakir Shaari yang nampaknya masih belum selesa dengan lilitan di lengan selaku kapten di saingan Piala Sumbangsih pada Sabtu.
Malah insiden Piya menolak lilitan lengan yang diberikan Shakir selepas masuk menggantikan Antwi Dennis memberi gambaran pemain itu masih tersinggung pada ketika Shakir pula masih menghormati bekas kaptennya itu.
Shakir yang diangkat selaku kapten Kelantan bagi musim 2012 pernah bersama-sama membantu pasukannya menjulang Piala Malaysia pada 2010.--Kelate.net