January 9, 2012

Pertemuan Dua Reds



Liverpool bakal bertemu Man United dalam Piala FA pusingan keempat, manakala Chelsea akan bertemu sama ada Queens Park Rangers atau Milton Keynes Dons dan Tottenham akan berkunjung ke Watford.

Sunderland dan Middlesbrough akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan setempat, manakala Arsenal akan menjadi tuan rumah kepada Aston Villa sekiranya mereka berjaya menang ke atas Leeds dan Newcastle mungkin akan berkunjung ke Wrexham.

Namun dalam kesemua perlawanan pusingan keempat, perhatian harus diberikan kepada pertemuan di Anfiled antara Liverpool dan Man United.

Anak buah Sir Alex Ferguson berjaya menyingkirkan penyandang juara dan pendahulu Liga Perdana, Man City dengan kemenangan 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Etihad Stadium.

West Brom akan menghadapi Norwich dan Everton pula akan berhadapan Fulham manakala Swansea akan mengunjungi Bolton atau Macclesfield.

Wrexham mencatat keputusan seri dengan Brighton dan akan ke perlawanan timbal balik sebelum salah satu daripada mereka akan bertemu dengan Newcastle.

Swindon pula membuat kejutan apabila menewaskan Wigan dan menunggu lawan seterusnya sama ada Nottingham Forest atau Leicester.

Jadual Penuh Pusingan Keempat:

Brighton or Wrexham v Newcastle

Sunderland v Middlesbrough

Dagenham & Redbridge or Millwall v Southampton
Hull City v Crawley

MK Dons or QPR v Chelsea
West Brom v Norwich

Blackpool v Sheffield Wednesday

Arsenal or Leeds v Aston Villa

Stevenage v Notts County

Watford v Tottenham

Liverpool v Manchester United

Derby v Stoke

Everton v Fulham

Macclesfield or Bolton v Swansea

Sheffield United v Birmingham or Wolves

Nottingham Forest or Leicester v Swindon

Perlawanan akan berlangsung pada 28/29 Januari.