January 9, 2012

QPR Pecat Neil Warnock?



Queens Park Rangers mengesahkan telah memecat Neil Warnock selepas kecewa dengan prestasi kelab itu sepanjang separuh pertama musim.


Spekulasi mengenai pemecatan Neil Warnock mula bertiup minggu lepas selepas pemilik QPR, Tony Fernandes mendedahkan di Twitternya bahawa "no job was safe at Loftus Road."


QPR kini hanya berada satu mata dihadapan zon penyingkiran selepas tidak berjaya mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan.


Walaupun kelab itu berbelanja besar pada musim panas lepas, QPR sukar untuk kembali ke prestasi terbaik dan hanya berjaya mengumpul 17 mata daripada 20 perlawanan.


Warnock mula bersama QPR pada Mac 2010 dan berjaya membawa QPR ke Liga Perdana.


Pengurus berusia 63 tahun itu menjadi pengendali yang cemerlang ketika dalam liga Championship dan berharap dia dapat meneruskan kecemerlangan itu dalam kempen Liga Perdana.


Namun begitu, ketika Norwich dan Swansea semakin menunjukkan kematangan dalam Liga Perdana, QPR dilihat bergelut untuk memberi impak besar dalam separuh pertama musim dan lembaga pengarah terpaksa membuat tindakan.


Mark Hughes dan Steve Bruce dikaitkan dengan tugas baru di Loftus Road.