January 30, 2012

Perak Diingat Tidak Terlalu Berpesta

KEMENANGAN 2-1 ke atas FELDA United memberi kelegaan buat Perak mengumpul tiga mata selepas menyedari tuan rumah terlalu kebal ketika perlawanan di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, Melaka.

Selepas juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor dan Sabah kecundang di gelanggang berkenaan, kemenangan terbabit menyaksikan FELDA gagal mempertahankan rekod bersih terbabit sambil Seladang bermain selesa memperkukuh kedudukan di tangga ketiga carta.


Jurulatih Perak, Norizan Bakar berkata, memang dia sedikit gusar dengan kemampuan tuan rumah beraksi cemerlang di gelanggang berkenaan.


“Saya berpuas hati dengan persembahan dan sentuhan semua pemain Perak selepas lima perlawanan ini. Malah prestasi import Michael Kubala dan Akmal Rizal Rakhli juga amat memberangsangkan.

“Malah pemain gantian juga tetap memperoleh pujian menerusi usaha mereka membantu kemenangan pasukan,” katanya.

Katanya, misi memburu tiga mata berdepan Sarawak selepas ini menjadi keutamaan dengan prestasi pemain akan diberi perhatian untuk memburu tiga mata tambahan.