January 11, 2012

Mancini Pertahan Suarez



Pengurus Man City, Roberto Mancini percaya Suarez berada pada jalan yang betul apabila meminta maaf di atas isu perkaumannya ke atas Patrice Evra,namun Mancini juga berfikir bahawa Liverpool membuat kesilapan kerana mempertahankan pemain itu.


Awal pagi esok akan berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Piala Carling antara Man City dan Liverpool, dengan Suarez dikenakan penggantungan lapan perlawanan selepas disahkan bersalah di atas mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman ke atas Evra.


Mancini faham keadaan kedua-dua pemain pada masa itu, dengan merasakan Evra mungkin tidak tersinggung kerana bagi Suarez perkataan itu tidak menimbulkan kemarahan di negaranya.


Namun Mancini menyokong tindakan Suarez yang memohon maaf di atas kesilapannya, dan baginya Suarez bukanlah seorang yang racist.


Kata pengendali dari Itali itu:"Saya tahu kadang-kadang bermacam-macam situasi boleh berlaku di atas padang. Jadi adalah amat penting untuk meminta maaf di atas setiap perkara yang berlaku.


"Kadang-kadang di dalam padang anda akan melakukan perkara yang anda tidak mahu lakukan. Anda gemuruh. Anda tidak dapat berfikir di dalam padang..


"Saya tidak fikir Suarez sorang yang racist. Dia melakukan kesilapan? Mungkin ya.


"Setiap orang melakukan kesalahan. Mustahil untuk anda sentiasa sempurna. Penting untuk mengucapakn, 'Saya minta maaf, saya melakukan kesilapan, dan saya sedia menerima hukuman'."


Liverpool sebelum ini dikritik hebat oleh beberapa pihak kerana mempertahankan Suarez.