January 11, 2012

Henry Beri Amaran Kepada Penyokong Arsenal



Thierry Henry memberi amaran kepada penyokong The Gunners bahawa mustahil untuk dia menjaringkan gol dalam setiap perlawanan seperti mana dia menjaringkan gol ketika menang dengan  Leeds.


Henry dimasukkan dari bangku simpanan menggantikan Chamakh menjaringkan satu gol di Emirates Stadium.


Pemain yang berusia 24 tahun itu akan bersama Arsenal selama enam minggu setengah sahaja lagi selepas bersetuju dengan perjanjian jangka pendek antara Arsenal dengan New York Red Bulls.


Sepanjang bersama Arsenal untuk tempoh peminjaman ini, Henry dilihat mampu memberikan kesan yang bagus kepada Arsenal, dengan Robin Van Persie akan dipanggil semula dari percutian bersama keluarga di Dubai untuk pertemuan menentang Swasea pada Ahad ini.


"Saya tahu saya boleh menjaringkan gol, tapi ia tidak akan berlaku dalam setiap perlawanan,"kata Henry.


"Saya akan mencuba sedaya upaya setakat yang saya mampu."