December 31, 2011

Vedran Corluka Akan Ke AS Roma


Pertahanan Tottenham, Vedran Corluka bakal meninggalkan Spurs dan berhijrah ke Rome selepas tidak berjaya meyakinkan Harry Redknapp pada musim ini. Pemain kebangsaan Crotia menjadi pilihan kedua selepas pilihan pertama iaitu Kyle Walker untuk bermain di posisi pertahanan kanan. Corluka hanya bermain tiga perlawanan musim ini.

Agent Corluka, Nikky Vuksan mengesahkan bahawa mereka dalam proses perbincangan dengan Roma dan mungkin akan berpindah pada Januari depan. Roma mungkin akan membayar £3-£4M untuk mendapatkan Corluka.

Pengurus Roma, Luis Enrique mahu menandatangani pemain itu bagi menyelesaikan masalah pertahanan selepas tonggak mereka, Nicolas Burdisso mengalami kecederaan. Roma kini berada pada kedudukan ke-6 Serie A.