May 27, 2013

Nwakaeme Jadi Inspirasi

Namun semua pemain sudah beri aksi terbaik mereka: Hodak



Kota Bharu: Sentuhan berbisa penyerang import Kelantan, Dickson Nwakaeme dilabel kunci kejayaan pasukan namun Bojan Hodak tetap menyifatkan ia berpunca daripada semangat sepasukan diperagakan setiap pemain lain. 

Pengendali berasal dari Croatia itu akur seluruh pasukan bergelar The Red Warriors itu menunjukkan semangat berselera ketika membelasah pasukan tetangga, Terengganu 4-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam kelmarin. 

“Saya bangga dengan persembahan Nwakaeme dan dia juga menjadi antara punca kemenangan besar TRW malam kelmarin. Kemasukannya sering mengubah corak permainan Kelantan di barisan depan sehingga mengucar kacirkan pertahanan lawan. 

“Namun, kemenangan ini bukan hanya boleh diberikan kredit kepada Dickson saja, malah semua pemain sudah memberikan aksi terbaik dan kami berhak menang. Pemain menunjukkan semangat juang tinggi dan ia terbalas apabila mendapat empat gol dalam masa 15 minit terakhir,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, malam kelmarin. 


Semangat Annuar 


Bagaimanapun, Hodak menegaskan pasukannya tidak boleh merasa terlalu selesa dengan bekalan jaringan yang besar itu, sebaliknya tetap menagihkan anak buahnya memberi persembahan terbaik pada aksi separuh akhir kedua, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, esok. 

“TRW tidak boleh selesa kerana akan bertandang ke tempat lawan nanti, namun saya tetap yakin kami mampu mencipta kemenangan ke final sekali lagi,” katanya. 
Sementara itu, suntikan semangat Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di kediamannya di Bukit Marak, di sini jelas menjadi intipati kejayaan pasukan. 

“Saya memberitahu pemain perlawanan Piala FA ini adalah soal maruah dan Kelantan perlu ke perlawanan akhir. KAFA juga akan memberi habuan besar kepada pemain jika layak ke final nanti,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan Kelantan menentang Terengganu, di sini, malam kelmarin.- Bharian


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB