December 2, 2011

Apek Diminta Elak Kontroversi



KOTA BHARU - Penyokong Red Warriors mahu penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat fokus (gambar) dalam kerjayanya dan mengetepikan segala kontroversi yang menyelubungi pemain itu sejak akhir-akhir ini.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net), Mohd. Khairi Yazid berkata, pihaknya khuatir kontroversi seumpama itu menjejaskan karier Khairul Fahmi.

Menurutnya, pihaknya berharap penjaga gawang No. 1 negara itu dapat menangani sebaik mungkin kontroversi tersebut.

“Khairul Fahmi perlu bijak mengatasi masalah ini dan menjadikan apa yang berlaku satu pengajaran.

“Berilah keutamaan kepada kerjayanya. Dia merupakan pemain muda yang sedang gilap supaya menjadi seorang penjaga gol profesional pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mohd. Khairi berkata, Khairul Fahmi perlu sedar dia merupakan ikon baharu bola sepak negara.
“Apa sahaja yang dia dilakukan menjadi perhatian semua pihak, oleh itu dia perlu berhati-hati dalam setiap tindakannya,” katanya.

Khairul Fahmi dilanda beberapa kontroversi termasuklah gambar beliau dengan seorang wanita seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal hiburan.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!