November 26, 2011

Peluang Villas-Boas



LONDON - Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas berpeluang untuk menebus kekecewaan pasukan itu dengan menewaskan Wolverhampton Wande- rers pada aksi Liga Perdana England malam ini.
Menanti kunjungan Wolverhampton di Stamford Bridge, Villas-Boas tidak mempunyai pilihan lain selain memastikan anak-anak buahnya mengutip tiga mata penuh bagi menutup mulut pengkritik.
Baru tiga bulan mengambil tugas selaku pengurus skuad The Blues, Villas-Boas telah dikritik hebat ekoran prestasi tidak menentu yang dipamerkan barisan pemainnya.
Paling mencuri tumpuan adalah apabila Chelsea tewas dua kali berturut-turut di tempat sendiri kepada Liverpool dan Arse- nal sebelum ini.
Memburukkan lagi keadaan, Chelsea terus ditimpa malang apabila tewas mengejut 1-2 kepada Bayer Leverkusen dalam saingan Liga Juara- Juara juga di tempat sendiri Khamis lalu.
Ekoran prestasi tidak menentu skuad The Blues itu, timbul spekulasi mengatakan bahawa pemilik Chelsea, Roman Abramovich bakal memecat Villas-Boas sekiranya situasi tersebut terus berlanjutan.
Begitupun, penjaga gol utama Chelsea, Petr Cech menjelaskan, barisan pemain pasukan itu perlu dipersalah- kan ekoran kemerosotan prestasi mereka dan bukannya pengurus.
"Pengurus tidak berada di atas padang. Kami (pemain) yang melakukan kesilapan.
"Sebab itu, pemain-pemain yang harus dipersalahkan dan kami sendiri sedar mengenai perkara itu. Saya fikir kami perlu lebih agresif daripada aspek pertahanan.
"Dia (Villas-Boas) tidak boleh mela- kukan apa-apa sekiranya pemain melakukan kesilapan individu di atas padang kerana dia hanya duduk dibangku simpanan sahaja.
"Saya akui, situasi ini bukan mudah buat kami namun kami sedang bekerja keras untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi," kata Cech. - AFP


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!