November 7, 2011

Misi Buru Emas Bermula Petang Ini | Singapura vs Malaysia


MISI anak buah Ong Kim Swee (tengah) mempertahankan emas di Sukan SEA, Jakarta amat cerah. 

Skuad Harimau Muda janji aksi pertahan kejuaraan di Jakarta 

KAPTEN skuad bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar tidak menafikan betapa peluang dia dan rakan sepasukan mempertahankan pingat emas dimenangi pada edisi 2009 di Laos adalah cerah tetapi menegur apa yang penting adalah mengutip mata penuh apabila menentang Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, petang ini.
Walaupun diundi dalam ‘kumpulan maut’, namun ia bukan perkara yang mustahil untuk pasukan negara sekali lagi dinobatkan sebagai juara tapi dengan syarat tiga mata harus dikutip bagi menaikkan semangat dan moral pemain sebelum menghadapi perlawanan seterusnya.
Bagi Baddrol semua pemain perlu lebih agresif mencatat keputusan positif pada perlawanan pertama menentang pasukan negara jiran itu. 

“Kita tahu harapan tinggi diletakkan kepada pasukan kali ini mempertahankan emas tapi itu bukan alasan untuk kita tidak melakukan yang terbaik. 

“Mahu atau pun tidak kita perlu menang dalam perlawanan pertama bagi menaikkan semangat dan moral pemain. Sekiranya menang dalam perlawanan pertama, mungkin kita akan terus mendapat keputusan baik dalam perlawanan seterusnya,” katanya. 

Disentuh mengenai kekuatan pasukan sekarang dan skuad ketika memenangi emas dua tahun lalu, Baddrol menjelaskan hanya umur pemain yang membezakan antara dua skuad berkenaan. 
“Tidak ada sebarang perbezaan yang ketara dapat dilihat antara skuad 2009 dan sekarang. Bagi saya, skuad sekarang dan 2009 hanya dibezakan dari segi umur saja malah corak permainan dua pasukan ini juga dilihat tidak jauh berbeza,” katanya. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!