November 19, 2011

Chong Wei Jumpa Lin Dan FInal Terbuka Hong Kong




JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir pada Kejohanan Terbuka Hong Kong semalam.
Pemain No. 1 dunia itu mara selepas menewaskan pemain India, Ajay Jayaram pada perla- wanan suku akhir.
Seperti diramalkan, Chong Wei hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan Ajay 21-16, 21-13 pada kejohanan bernilai AS$250,000 (RM791,301) itu.
Bagaimanapun, Chong Wei dijangka akan menghadapi saingan getir apabila dijadualkan bertemu dengan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan separuh akhir hari ini.
Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008, turut berjaya melangkah ke separuh akhir apabila berjaya menumpaskan pemain dari Korea Selatan, Shon Wan Ho 21-15, 21-18 dalam masa 40 minit.
Turut layak ke saingan separuh akhir ialah pemain No. 2 dunia, Chen Long dari China yang mengatasi pemain India, R.M.V Gurusaidutt dengan 21-13, 23-21.
Chen Long akan menentang pemenang satu lagi perlawanan suku akhir antara Peter Hoeg Gade dari Denmark dan seorang lagi pemain China, Jin Chen.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!