TERENGGANU sudah mula melancarkan
perang psikologi ke atas seteru utama, Kelantan ketika pertembungan kedua-
dua pasukan terbaik negara itu di peringkat suku akhir Piala Malaysia masih
berbaki 10 hari lagi. Malah jurulatih Terengganu, Irfan Bakti mengakui anak-
anak buahnya tidak akan gentar untuk berdepan Kelantan dalam misi memburu slot
ke pusingan separuh akhir. Katanya rekod lalu telah membuktikan bahawa Terengganu mampu
menewaskan pasukan gergasi Pantai Timur itu seperti mana yang telah berlaku
pada final Piala FA, Jun lalu. "Saya bertanyakan kepada pemain dan mereka
dengan penuh semangat mengatakan tidak kisah untuk berjumpa Kelantan.
"Jadi, tiada sebab untuk
kami takut dan kami sedia untuk berdepan mana-mana pasukan kerana kami yakin
dengan kemampuan yang ada pada skuad Terengganu," kata Irfan
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!