October 16, 2011

Modric Lebih Profesional Dari Tevez



PENGURUS Tottenham Hotspur, Harry Redknapp berkata, Luka Modric tidak akan menjadi seperti penyerang Manchester City, Carlos Tevez yang berkelakuan seperti kebudak-budakkan dan tidak profesional.

Menurutnya, tindakan Tevez enggan beraksi ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich bulan lalu, tidak boleh dimaafkan dan percaya ia sebagai tanda protes pemain itu yang mahu meninggalkan kelab tersebut.

“Sebelum EPL bermula, Modric juga mahu berhijrah dan menyertai kelab lain, namun hasratnya tidak kesampaian.

“Kini dia sudah melupakan perkara itu dan fokus bersama pasukan. Modric tidak akan melakukan kerja gila seperti Tevez, semata-mata hasrat menyertai kelab lain tidak dipenuhi,” katanya.

Sebelum ini, Tevez dan Modric mengemukakan permohonan kepada kelab masing-masing untuk menyertai kelab lain, namun ditolak pengurusan kelab.

Sebelum saingan EPL bermula, Chelsea mahu mendapatkan khidmat Modric manakala Tevez dikaitkan dengan kelab Brazil, Corinthians.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!