October 15, 2011

Liverpool 1-1 Manchester United



Kapten Liverpool, Steven Gerrard menafikan Man United untuk mencatat kemenangan di Anfield apabila menjaringkan gol namun dibalas oleh Chicharito beberapa minit kemudian.


Gerrard membuka tirai jaringan pada minit ke-68 melalui satu freekick yang cantik. Gerrard yang bermain sepenuh masa setelah berehat panjang akibat pembedahan tidak mensia-siakan peluang yang terhidang apabila Charlie Adam dijatuhkan oleh Rio Ferdinand hanya beberapa meter dari pintu gol Man United.


Walau bagaimanapun, dengan masa yang berbaki lagi lima minit, Javier Hernandez yang masuk sebagai pemain gantian membuat kejutan apabila menjaringkan gol penyamaan setelah menerima hantaran dari Welbeck.


Keputusan perlawanan tadi kini meletakkan Man United mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan liga setakat ini.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!