FERDINAND (kanan) dilaporkan meradang dengan pengurus
Chelsea, Villas-Boas yang melindungi ketua pasukan Chelsea, John Terry
(kiri) yang dikaitkan dengan isu perkauman.
Ferdinand dan rakan-rakan di QPR dikatakan berang dengan tindakan
Villas-Boas yang melindungi ketua pasukan Chelsea itu yang dikaitkan
dengan isu perkauman ketika The Blues tewas kepada QPR sebelum Persatuan Bola Sepak England (FA) dan siasatan polis membuat kesimpulan.
Kelmarin, Villas-Boas telah mengisytiharkan bahawa 'tiada apa yang
berlaku' dan 'salah faham yang besar' dan isu perkauman itu hanyalah
sekadar spekulasi sahaja.
Pengendali yang berasal dari Portugal itu turut menegaskan England
sepatutnya berbangga memiliki John Terry sebagai ketua pasukan Three Lions.
Kini, Ferdinand sedang berfikir untuk meletakkan satu kenyataan awal
pada minggu hadapan di mana meletakkan kes umum mengenai isu perkauman
yang dikeluarkan oleh Terry di Loftus Road pada Ahad lalu.
Ferdinand telah bersemuka dengan pihak FA selama dua jam kelmarin,
mengenai isu perkauman tersebut dan akan mengemukakan surat bertulis
pada Isnin ini di mana Terry juga telah disoal siasat oleh pihak FA
dalam masa yang sama.
Satu sumber berkata: "Anton dan orang-orang yang rapat dengan beliau
tidak boleh mempercayai Chelsea untuk terus melindungi Terry secara awam
apabila mereka telah tidak menjalankan penyiasatan yang betul seperti
bercakap kepada sesiapa sahaja di QPR.
"Sekarang mereka mahu mengeluarkan kenyataan mereka sendiri selepas hujung minggu lalu."
Terry, yang menghadapi Arsenal hari ini, menafikan membuat komen perkauman semasa kekalahan 1-0 kelab itu di QPR.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, Terry pasti akan dikenakan
dengan hukuman berat sekiranya bintang Chelsea itu didapati bersalah.
Wenger berkata: "Jika John Terry didapati bersalah, dia harus dihukum.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!