October 30, 2011

Piala Malaysia 2011 | Penyokong Degil??




KERANA nilai setitik, rosak susu sebelanga. Itu perumpaan yang sesuai digunakan terhadap segelintir penyokong yang ingkar mematuhi arahan pihak berkuasa.

Penggunaan flare dan mercun masih tetap wujud dan nampaknya tahap keselamatan bukan lagi keutamaan penyokong itu sendiri.

Meskipun sudah diingatkan berulang kali, penyokong-penyokong masih tidak menghiraukan kesan yang mungkin akan menimpa diri mereka dan secara tidak langsung akan turut terkena tempiasnya pada orang lain.

Apabila ada yang sudah tercedera, baru hendak beringat dan ketika itu sudah terlambat.

Jadi kepada para penyokong yang masih berdegil, tepuk dada tanya selera.Siapa yang perlu disalahkan. Pihak yang memberi arahan kerana gagal menjalankan tugas atau diri anda sendiri yang hanya tahu berseronok sahaja.


Laporan dari salah sebuah akhbar tempatan. 

p/s: salahkah penggunaan flare?

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!