September 7, 2011

Transfer l EPL 7 September Gossip



Neymar pilih Sepanyol

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang meninggalkan Old Trafford untuk ke Bernabeu dengan harga £80 juta menolak dakwaan bahawa dia akan kembali bersama Man United.

QPR menafikan khabar angin yang mengatakan David Beckham kini bersedia untuk menyertai kelab itu sebaik sahaja kontraknya bersama LA Galaxy tamat pada November.

Bekas penyerang Blackburn, El Hadji Diouf telah dijemput untuk menjalani sesi latihan bersama Preston namun pengurus kelab itu menolak untuk menandatangani penyerang itu.

Blackburn akan cuba mencari jalan untuk membawa masuk penyerang Bristol City, Nicky Maynard apabila tingkap perpindahan dibuka Januari depan. Steve Kean menolak harga £6.5 juta yang diminta oleh Bristol City.

Bekas pemain sayap Arsenal, Freddie Ljunberg telah menyertai kelab Jepun, Shimizu S-Pulse. Pemain yang berusia 34 tahun itu menyertai Celtic pada December dan membuat tujuh penampilan sebelum meninggalkan kelab itu.

Pengurus Bolton, Owen Coyle mahu Gary Cahill menandatangani kontrak baru bersama kelab itu. Bekas pertahanan Aston Villa itu kini mendapat perhatian dari Tottenham dan Arsenal.

Penyerang Brazil, Neymar menolak gosip yang dia akan berpindah ke Chelsea. Penyerang Santos yang berusia 19 tahun itu berkata dia lagi gembira untuk bermain di Sepanyol.

Carlos Tevez memberitahu dia ingin kembali ke Argentina dan mahu menamatkan kariernya bersama kelab Boca Juniors.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!