September 8, 2011

Safee Bermain di England?


Safee dapat tawaran dari Cardiff City FC

PENYERANG berbisa Harimau Malaya, Safee Sali secara rasminya menerima jemputan untuk menjalani ujian penuh bersama pasukan kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City FC.

Menurut kenyataan dipetik dalam laman rasmi Facebook, (SafeeSali_10 Official) semalam, Safee akan terbang ke United Kingdom minggu depan dan menjalani ujian selama dua minggu.

Kenyataan itu juga menyebut, bekas pemain Selangor itu sudah memohon surat pelepasan daripada majikannya, Pelita Jaya FC dan masih menunggu keputusan berkenaan.

Jika semuanya berjalan lancar, hero Harimau Malaya itu akan berangkat pada 12 hingga 27 September ini.

Sesungguhnya, perkembangan ini adalah satu penghormatan dan sejarah buat pasukan bola sepak Malaysia selepas beliau muncul pemain tempatan pertama beraksi di Liga Super Indonesia, Februari lalu.

Bersama Pelita Jaya, Safee berjaya meledak tujuh gol dalam 13 penampilan untuk membantu kelabnya itu keluar daripada zon penyingkiran.

Ketika mewakili pasukan The Red Giants, Safee memenangi Piala Liga Super sebanyak dua kali pada 2009 dan 2010.

Tahun lalu, dia menjadi watak terpenting dalam pasukan kebangsaan merangkul gelaran Piala Suzuki AFF buat pertama kali dalam sejarah sejak dipertandingkan pada 1996 di Thailand.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!