Kalah setelah mendahului T-Team 1-0 di gelanggang sendiri.
Malah, mereka mendakwa Devan seakan tidak mempercayai barisan pemain simpanan, lalu sering menggunakan kesebelasan sama sepanjang musim ini.
Sumber Ultras Selangor berkata, sudah tiba masanya Devan direhatkan kerana misi memburu kejuaraan Piala Malaysia ke-33 tampak sukar selepas diaibkan pasukan berstatus kelab, T-Team, 2-1 di Shah Alam, Sabtu lalu.
“Kami penyokong Selangor sudah muak dengan corak permainan dikendalikan Devan kerana taktikal diterapkan dia selama ini mudah dibaca pasukan lain.
“Cuba lihat ketika aksi persahabatan, Devan boleh pula menurunkan pemain simpanan, namun tidak dalam kempen Piala Malaysia. Adakah dia tidak mempercayai barisan kedua untuk diberi peranan mengemudi pasukan Merah Kuning?
“Farderin Kadir dan Hamsani Ahmad antara bekas pemain Selangor yang kini cemerlang bersama pasukan baru dalam kempen Piala Malaysia,” katanya.
Ultras Selangor melakukan tanda protes pada kain rentang tertulis ‘ Devan sila letak jawatan’ sejurus tamat perlawanan berikutan kekalahan tidak terduga pasukan kesayangan mereka walaupun mendahului 1-0 hasil jaringan Amri Yahyah pada awal babak pertama.
Selangor kini tiada pilihan kecuali wajib mencatat kemenangan ke atas Polis, Sabtu ini sambil mengharapkan T-Team menewaskan Kuala Lumpur bagi menghidupkan peluang memburu slot ke pusingan seterusnya.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!