September 22, 2011

Piala Carling | Bisa Owen Masih Muda!


Mampu menjaringkan dua gol dalam perlawanan pagi semalam. 

Michael Owen menegaskan dia masih memiliki ketajaman penyudah yang boleh ditawarkan kepada Manchester United selepas membantu pasukan itu mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menjaringkan dua gol ketika menewaskan Leeds 3-0 dalam pusingan ketiga, kejohanan Piala Liga, kelmarin. 

Peranan Owen tampak dihadkan di Old Trafford, tetapi bekas penyerang Liverpool dan Real Madrid itu membuktikan dirinya masih bernilai apabila menjadi kunci kepada pasukan dengan menyumbat dua gol dalam perlawanan pertama musim ini membantu kemenangan di Elland Road, kelmarin.
Penyerang berusia 31 tahun itu akur ingin beraksi lebih banyak perlawanan, tetapi mengakui ia adalah satu pertandingan dan gembira dengan sumbangan setiap kali peluang datang.
“Masih terdapat tekanan,” katanya. “Anda tidak banyak mendapat peluang dan kemudian apabila anda diberikan peluang itu, ia akan menjadi beberapa bulan sebelum anda boleh melihat padang semula jika anda gagal beraksi dengan baik. 

“Anda perlu membuktikan kepada diri anda dan orang lain anda boleh beraksi baik tetapi kita beraksi dalam perlawanan yang lebih pantas dan sengit musim ini.” 

Owen, salah satu daripada 11 perubahan yang dibuat Sir Alex Ferguson dalam perlawanan menentang Leeds, jelas gembira dengan peranan dan contoh yang diberikan kepada pemain muda kelab yang sebahagian besarnya beraksi di Elland Road.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!