The Showdown.
“Bagi orang muda seperti AVB, cabaran yang diterimanya untuk mengemudi kelab itu amat berat, tetapi apa yang dicapai setakat ini boleh dibanggakan,” katanya.
Kedua kelab itu bakal bertembung, malam ini di Old Trafford, dengan ramalan kemenangan banyak berpihak kepada United.
Apa yang ditempuhi Fergie ketika di usia 32 pada 1974 tidak sama dengan pencapaian AVB, kerana ketika itu Fergie sekadar melatih skuad bola sepak separuh masa.
Malah, kelab itu juga tidak mempunyai pemain yang cukup untuk membentuk sebuah pasukan yang mampu bersaing.